Mengutarakan Isu-isu Berbangkit Berkaitan Hal-hal Politik, Ekonomi dan Masyarakat Sekitar Utara Tanahair Malaysia.
Catatan diutara...
Minggu ini tidak ada berita panas yang boleh dipaparkan. Editor dan krew TVutara sedang merancang pengisiannya. InsyaAllah, minggu ini akan ada bahan baru yang akan diuploadkan.
Untuk paparan penunjung, TVutara ingin mempersembahkan beberapa klip video yang mungkin boleh dijadikan bahan renungan, fikiran dan santaian. Moga anda semua terhibur.
Berkongsi Rahsia Bagaimana Nak Jadi Penulis Skrip Drama TV
Monday, December 7, 2009
Salam sejahtera, Tahukah anda yang menulis skrip drama TV atau apa-apa skrip program TV dan juga skrip filem merupakan salah satu kerja yang menjanjikan pulangan yang lumayan di Malaysia sekarang ini, walaupun dilakukan secara sambilan atau sebagai penulis bebas.
Selama ini anda mungkin tidak tahu, sebab rahsia ini memang tidak mahu dikongsi keluar kepada orang lain oleh sebilangan mereka yang sedang berjaya di bidang ini. Soalannya kenapa mereka nak sembunyikan benda baik ni?
Sebabnya kenapa ia tidak mahu dikongsi? Kerana menjadi penulis skrip sebenarnya adalah satu kerja yang sangat senang, amat mudah. Yang paling utama ialah seseorang itu tahu TEKNIK MENULIS SKRIP YANG BETUL. Semua orang ada idea untuk menulis, saya percaya anda juga tentu ada ilham tentang satu cerita yang menarik untuk anda tukarkan jadi sebuah skrip drama TV sebagaimana cerita Nur Kasih yang sangat popular baru-baru ini. Yang menjadi penghalang anda cumalah anda tak tahu macam mana nak salurkannya, bagaimana nak karyakannya menjadi sebuah skrip yang boleh diterbitkan.
Bayangkan jika ilham atau idea kisah anda itu berjaya dijadikan sebuah skrip, bukan setakat nama anda akan terpampang di skrin TV, tapi juga kan akan menerima bayaran yang lumayan. Bagi sebuah skrip telemovie, anda akan dibayar antara RM3,500 - RM5,000. Bayaran untuk sebuah skrip drama bersiri pula antara RM800 - RM1,500 (untuk 13 episod, maknanya anda akan dapat antara RM10,400 - RM19,500).
Kalau kita tahu rahsianya, menulis skrip sebenarnya amat mudah, amat senang. Percayakah anda jika saya katakan anda boleh siapkan sebuah skrip telemovie dalam masa kurang satu minggu. Ya, benar! Anda boleh, jika anda tahu rahsianya.
Jika anda berminat atau ada impian untuk menjadi penulis skrip drama TV atau filem, dan nak tahu rahsia-rahsia serta tip-tip menulis skrip, layari blog Sang Penulis, Skrap & Skrip. (P/S: Kalau anda ke sana, jika sudi tinggalkanlah komen dan jadilah follower, tq).
Saya percaya semua orang boleh menjadi penulis skrip, kerana semua orang ada idea, ada cerita dan ada ilham.
Jumpa lagi di lain kali. terima kasih.
Jamil Mutalib
P/S: Jika anda berminat dengan Bengkel Intensif Penulisan Skrip Drama TV Yang Boleh Dijual, klik di sini atau klik imej mesin taip di atas.
http://bengkelbinawebsite.ws - bengkel bina laman web, bengkel bina website, cara buat laman web, cara buat website, bengkel laman web, bengkel website, kursus buat web, kursus laman web, seminar internet, kursus internet, perniagaan internet http://www.bengkelbinawebsite.ws
Hari ini alhamdulillah hari Sabtu, 8 Ramadhan 1430 saya dan beberapa orang sahabat telah diberi kelapangan untuk melawat dan mengenal-pasti beberapa buah keluarga yang agak susah dan doif untuk aktiviti Jln-Jln Masuk Kampung rakan-rakan Wargakilang pada insyaallah hari Sabtu 5 hb Aug 09 nanti.
Sepanjang perjalanan kami dari Kulim ke Jeneri, Lubuk Merbau seterusnya ke Kubuq Panjang dan Naka dalam Negeri Kedah itu cuaca boleh dikatakan hujan sepanjang masa, dan di sesetengah tempat begitu lebat sekali.
Sewaktu melalui jln mini-tar di celah-celah kebun getah di kawasan-kampung kampung berkenaan, Pak Ngah Rahim yg menjadi penunjuk jln kpd kami itu dok habag kisah penduduk-penduduk kat situ - yg rata2 nya penoreh - mengeluh sebab tak boleh nak keluar pi motong.
Kata Pak Ngah Rahim, ada yg dok habag kata mcm tu punya dok ada (hujan x berenti) silap-silap zakat fitrah pun belum tentu boleh bayar. Mungkin hamba Allah itu cuma buat lawak saja, tapi itulah realitinya, di kala kita-kita yg tinggal di bandar ni dok kalut nak sediakan juadah berbuka, dan mungkin ada yg dah mula dok sibuk buat atau tempah koi dan baju raya, depa-depa di pedalaman sana nu dok sibuk fikir mana nak cari duit nak tunaikan kewajipan utama di bulan ramadhan ini - nak bayar zakat fitrah!
Kata sahabat saya, Tuan Haji Fendi: "Patutnya kitalah yg kena kalut nak mai bayar zakat fitrah kat depa, tapi depa yg layak terima fitrah tu pulak yg dok kalut nak cari duit fitrah nak pi bayaq kat org lain!"
Entah lah, hangpa tengoklah sendiri antara gambar yg sempat kami tangkap pagi tadi. Sebuah rumah nun jauh ke pedalaman Kedah, dlm tu ada gambar tuan rumah (pompuan, suaminya x ada, pi amik upah kerja kampung). Menurut kakak tu, dia yg punya anak 5 orang, selalunya dok pi motong getah pokok orang, dapat hasil bahagi dua. Tapi, di bulan ramadhan ini, dlm 8 hari baru sehari saja cuaca agak baik, tapi itu pun pokok basah, tak boleh menoreh lagi. Kata dia lagi, nasib baik suami dok amik upah kerja-kerja kg, dapatlah juga sikit-sikit duit masuk.
Hah, geng-geng politik, bila sebut Kedah, jgn dok kalut nak kaitkan dengan kerajaan ka apa; rumah depa memang dah mcm tu - drpd zaman parti X memerintah sampai lah zaman parti Y yg dok ada - kita org awam ini, meh lah kita pandang dari sudut tasauf, Allah jadikan org-org mcm depa ni sebab Allah nak bagi peluang kat kita buat pahala. Kalau nak dapat pahala, pakat-pakat lah pi tolong org-org miskin mcm depa ni (merata tempat dok ada), kalau tak mau, tok sah cakap banyak, dok rumah tengok Astro - dok senyap-senyap tunggu bukak posa; itu lebih baik drpd dok mengata.
Ada satu rumah tu pulak, kampung lain - orang Masjid umur dlm 50an, 10 orang anak; juga kerja amik upah buat kerja-kerja kampung. Waktu kami sampai rumah dia, hujan renyai-renyai, bila tanya: anak dia hat sulung habag ayah dok pi buat kerja kampung; entah lah mcm mana dia cari rezeki waktu musim-musim hujan mcm ni. Sembang pi sembang mai, anak lelaki dia tu tengah dok kalut nak pi turun bendang, nak pi "tenggala ikut traktor" cari IKAN kat bendang.
Nak buat apa IKAN-IKAN tu?
Dia jawab: "Buat habuan nak bukak posa petang ni."
Tu dia, kita dok kalut pi market cari ikan, depa dok kalut turun bendang ikut traktor cari ikan. Okey gaklah, kurang-kurang ikan tu, haruan/keli/ sepat/puyu fresh terus mai dari bendang; kita ni - mcm saya dua tiga hari lepas, beli ikan Siakap RM20 sekilo, balik masuk tauchu, tak leh nak makan, dah naik bau semacam - entah bila lah punya ikan!
(Disertakan di sini, gambar budak-budak kg tengah dok tenggala ikut traktor cari ikan yg sempat saya ambik dgn hp cokia saya ni, tak berapa klia sangat, tapi bolehlah nampak - fuh! teringat nostalgia masa saya kecik-kecik dok cari ikan kat bendang dulu, payah dah nak jumpa zaman la).
Meringkaskan cerita:
Minggu depan hari Sabtu 5 Sept 09, kami bercadang nak bawa kwn-kwn Wargakilang ke rumah-rumah tersebut dan beberapa buah rumah lain lagi di sekitar Parit Panjang, Jeneri dan Kubuq Panjang. Siapa-siapa yg berminat sila tunggu di Petronas, Sg Seluang Kulim tepi BKE jam 8:00 pagi. Sila habag nama awal-awal sebab nak pastikan jumlah kenderaan dll sebab jln-jln masuk kg area situ memang sempit, cuma satu keta saja boleh pass thru dlm satu-satu masa. Apa-apa hal sila sms saya at 019-4128209 (Munir).
Seperti yg dihabag, kita tak buat kutipan duit, sapa nak pi bawa brg masing-masing. Ikut kata Pak Ngah Rahim, antara barang-barang yg org-org kampung amat hargai di musim-musim hujan mcm ini ialah beras, minyak, gula, kopi/teh, susu, tepung (nak buat cukodok dan peknga), ikan masin (ikan tamban masing dialu-alukan) , sardin, ikan bilis dan juga brg-brg mcm roti atau biskut untuk habuan anak-anak.
Selain itu, Pak Ngah Rahim juga ada habag pasal kain baju terpakai, dia kata hari tu bila sdra Wahab bawa pi kat dia, habis dia sedekah/agih- agihkan kat area situ; kemudian depa mai jumpa tanya dia, ada ka lagi? Sebetulnya, ada sesetengah tu, rumah okey, makan minum okey, tapi bila mai tang nak beli kain baju dan seluar baru, depa sedikit berkira sebab hasil pendapatan mereka yg tak seberapa itu mereka lebih utamakan untuk beli brg2 makan berbanding dengan pakaian. Oleh itu, kalau sapa-sapa yg nak bawa kain baju (yg masih elok dan kalau boleh yg baru beli pun tat pa), maka amatlah dialu-alukan.
Okeylah, setakat ini dulu; saya nak pi "tenggala ikan sat kat pasar ramadhan".
Moga kerja buat kita di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini akan mendapat keredhaan Allah dan balasan pahala yg dijanjikan. "Siapakah yang lebih benar janjinya berbanding janji Allah? - at-taubah 111) ".
Selamat Berpuasa.
Moga ada manafaatnya.
moniermatdin@ yahoo.com 29.8.09 http://www.monierma tdin.blogspot. com
Pada 6 Jun lalu saya sempat singgah di RFC (Radix Fried Chicken) di Shahab Perdana Alor Setar. Rasa bangga terdetik di hati apabila melihat ada orang Melayu Islam yang berupaya muncul menjadi alternatif kepada makanan segera yang berpaksikan USA. Khabarnya, toke RFC ni orang PAS dan pernah jadi Ketua Pemuda Pas Perlis dan pernah tanding PRU lawan Shahidan Kassim. Tapi tak kisah la apa parti dia, yang pentingnya dia dah berjaya membuka peluang ekonomi kepada anak tempatan. Dan dia juga dikatakan pernah terima anugerah usahawan dari PM (Pak Lah). Tahniah & Terima Kasih diucapkan kepada beliau yang nampaknya ada wawasan untuk agama dan bangsa! Moga ahli UMNO tak boikot RFC sebab.... sebabnya ayam goreng dia sedap & kurang minyak, kurang lemak! Dakwa mereka ia ayam herba! Wallahualam.
Inilah TV terbaru di Malaysia yang 'Tak ambil Lesen', tapi memiliki LESEN terbesar di bawah MSC. Jadi jangan risau kalau TV ini dituduh tak ada lesen. Mari sama-sama ikuti beritanya.
Apa yang akan anda saksikan ini membuatkan orang 'muak' dan 'jijik' dengan Islam. Biar apa dan siapapun yang mengatur agendanya, namun ini bukanlah cara Islam. Saksikan dan renungkanlah sendiri. Jika sudi sila tinggalkan komen dan pandangan.
Ini bukan di Malaysia.... tapi masih ada di Malaysia yang begini.
Wednesday, April 15, 2009
Kita gah kata kita maju dan bebas dari kemiskinan. Alhamdulillah syukur kita masih dapat makan. Tapi jangan lupa, di negara kita tetap masih ada yang senasib sebagaimana dipaparkan di bawah. Tanggngjawab kita, terutama yang berada di tampuk pemerintah, tak kira BN ka PR. Kita dipilih untuk mentadbir, bukan memerintah.